COVER

Thursday 1 November 2012

KEBOLEHBACAAN


Kebolehbacaan (readability) ialah satu konsep yang berbeza dengan kebolehan membaca (reading ability). Kebolehan membaca ialah tahap kecekapan, kemahiran atau kebolehan seseorang individu memahami bahan yang dibaca. Tahap kebolehan membaca seseorang bergantung kepada kecekapan atau kemampuan pembaca itu memahami atau bertindak balas dengan bahan bacaan tersebut. Individu pembaca yang baik ialah individu yang dapat bertindak balas secara spontan dan tepat terhadap bahasa, idea dan stilistik bahan penulisan yang dibacanya. Menurut Harris, 1969 (dlm. Nadzeri, 1998: 43) seorang pembaca yang baik ialah,

“one who can respond simultaneously, and appropriately,
to the language, ideas and stylistics of mature writing,
and moreover, can achieve these understanding with
reasonable speed and fluency.”

Menurut Keith tujuan utama seseorang penulis ialah untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Setakat mana penulis berjaya menyampaikan mesejnya akan bergantung kepada kebolehbacaan teks itu. Oleh itu, kebolehbacaan memberi penekanan kepada usaha untuk menyelaraskan persoalan atau masalah antara tahap kemampuan pembaca dengan teks. Seorang pembaca yang cekap akan berasa bosan dengan teks yang mudah. Sebaliknya, seorang pembaca yang kurang cekap akan cepat putus asa jika teks yang dibacanya itu terlalu sukar.
Menurut Khadijah Rohani (2001), kebolehbacaan ialah tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu. Formula kebolehbacaan pula ialah satu cara atau teknik yang objektif dan saintifik untuk mentaksir atau meramalkan tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu. Tujuan utama mengadakan pengukuran kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan adalah untuk membolehkan para pendidik, ibu bapa dan kemungkinan para penulis khasnya penulis buku teks mencuba menyesuaikan kebolehan membaca pembaca atau pelajar dengan bahan yang dibacanya. Tegasnya,

“Readability describes the ease with which a document
can be read. Readability tests, which are mathematical
formulas, were designed to assess the suitability of books
for students at particular grade levels or ages.”
(Everything you ever wanted to know
about readability tests but were
afraid to ask: On-line)
Jurnal Penyelidikan

No comments:

Post a Comment