COVER

Friday 9 November 2012

Definisi Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar



Definisi Bahan Bantu Mengajar
Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
Dibahagikan kepada 3 kategori:
a) BBM bukan elektronik
· BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer
· BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya
b) BBM berbentuk elektronik
Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer
c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar
Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Saturday 3 November 2012

TERAS BACAAN


Teras Bacaan


Assalammualaikum, Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua sebuah blog yang banyak membantu saya untuk mendidik murid Tahun 1 cepat membaca. Blog itu ialah blog Teras Bacaan 
di sini terdapat banyak bahan yang kita dowload untuk dijadikan ABM sama ada untuk kelas LINUS,Prasekolah mahupun pemulihan. Bahan yang disediakan mudah difahami dan menarik. Antara bahan yang saya sering gunakan ialah BUKU TERAS BACAAN di bawah ini..


Friday 2 November 2012

Di sini juga saya dah uploadkan power point buku bacalah sayang dari Kementerian Pendidikan.  Terdapat dua buku dalam simpanan saya ni.

    Buku yang pertama ialah buku Bacaan Sayang yang mengandungi petikan cerita pendek dengan tulisan berwarna mengikut suku kata serta beberapa soalan pemahaman yang mudah.Buku ini sesuai untuk murid yang baru lepas Sarinagan LINUS.   


Manakala, sebuah lagi buku membolehkan murid menyebut suku kata dan seterusnya membatangkan perkataan berdasarkan gambar. Setiap suku kata ditulis dengan warna yang berbeza untuk memeudahkan murid menyebutnya. Selepas membatangkan suku kata murid juga boleh beberapa ayat pendek berkenaan dengan perkataan yang disebutnya. Buku ini sesuai untuk murid-murid LINUS.   



Thursday 1 November 2012

KEBOLEHBACAAN


Kebolehbacaan (readability) ialah satu konsep yang berbeza dengan kebolehan membaca (reading ability). Kebolehan membaca ialah tahap kecekapan, kemahiran atau kebolehan seseorang individu memahami bahan yang dibaca. Tahap kebolehan membaca seseorang bergantung kepada kecekapan atau kemampuan pembaca itu memahami atau bertindak balas dengan bahan bacaan tersebut. Individu pembaca yang baik ialah individu yang dapat bertindak balas secara spontan dan tepat terhadap bahasa, idea dan stilistik bahan penulisan yang dibacanya. Menurut Harris, 1969 (dlm. Nadzeri, 1998: 43) seorang pembaca yang baik ialah,

“one who can respond simultaneously, and appropriately,
to the language, ideas and stylistics of mature writing,
and moreover, can achieve these understanding with
reasonable speed and fluency.”

Menurut Keith tujuan utama seseorang penulis ialah untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Setakat mana penulis berjaya menyampaikan mesejnya akan bergantung kepada kebolehbacaan teks itu. Oleh itu, kebolehbacaan memberi penekanan kepada usaha untuk menyelaraskan persoalan atau masalah antara tahap kemampuan pembaca dengan teks. Seorang pembaca yang cekap akan berasa bosan dengan teks yang mudah. Sebaliknya, seorang pembaca yang kurang cekap akan cepat putus asa jika teks yang dibacanya itu terlalu sukar.
Menurut Khadijah Rohani (2001), kebolehbacaan ialah tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu. Formula kebolehbacaan pula ialah satu cara atau teknik yang objektif dan saintifik untuk mentaksir atau meramalkan tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu. Tujuan utama mengadakan pengukuran kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan adalah untuk membolehkan para pendidik, ibu bapa dan kemungkinan para penulis khasnya penulis buku teks mencuba menyesuaikan kebolehan membaca pembaca atau pelajar dengan bahan yang dibacanya. Tegasnya,

“Readability describes the ease with which a document
can be read. Readability tests, which are mathematical
formulas, were designed to assess the suitability of books
for students at particular grade levels or ages.”
(Everything you ever wanted to know
about readability tests but were
afraid to ask: On-line)
Jurnal Penyelidikan